Assalamualaikum and hoi everyone ^_^
Agak agak ramai lagi tak yang suka baca novel? Maklumlah remaja zaman sekarang ni asyik melekat je dengan gadget masing masing. Nak baca buku pun, mana main novel novel ni lagi dah, terus buka e-book. Kau terasa? Haaaa baguslah! Tapi aku kisah apa. Lain orang lain cara. Aku sama seperti dulu. Tiada apa apa perubahan. Masih lagi setia. Aku pegang pada yang satu. Wuuuuu :p Cerita dia, entah kenapa sejak dua menjak ni kan aku macam addicted gila dengan novel. Pantang nampak kedai buku je, mesti nak singgah! Mulai sekarang, aku nak buat koleksi novel banyak banyak sampai tak cukup bilik. Itu azam baru aku. Ahaks! So kalau korang rasa nak buang ke apa, bak sini bagi aku. Biar aku je simpan. Tak baik membazir. Oh bercakap pasal novel Dia Hanya Untukku ni, cerita dia tak membosankan langsung. Interesting apa jalan cerita dia. Kau mesti rasa suspend punya. Rugi tau siapa yang tak baca lagi. Jom beli jom n_n
Okay novel ni mengisahkan kehidupan Alissa yang sungguh terseksa. Sudahlah dibenci dan dihina ibu kandung sendiri, dia pula tertangkap basah dengan majikannya sendiri, Syed Hadif. Akibat peristiwa hitam itu, mereka dinikahi atas restu ayah Alissa sendiri. Saat disahkan sebagai isteri, hatinya remuk-redam. Antara pasrah dan tidak, dia harus melupakan Ilham, kekasih hati yang sudah mengikat janji untuk membina mahligai cinta.
Perkahwinan itu semakin menyeksa batin Alissa. Hubungan halal itu harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarganya dan isteri pertama Syed Hadif. Sampai bila rahsia harus disimpan sedangkan Syed Akil, adik suaminya sering mendambakan rindu dan kasih sayang daripadanya? Namun dia perlu akur. Dia sudah bersuami dan wajib membahagiakan suaminya.
Menjadi isteri kepada Syed Hadif bukan bermakna penderitaan tamat begitu sahaja. Malang menimpa diri, Syed Hadif pergi buat selamanya-lamanya akibat kemalangan jalan raya yang telah dirancangkan seseorang.
Ya Allah.....ke mana lagi Alissa mahu membawa diri? Haruskah dia kembali kepada Ilham? Perlukah dia mencurahkan kasih kepada Syed Akil? Kedua duanya pernah dikecewakannya. Siapa sebenarnya yang mampu merawat duka laranya ?
P/S : Gembira? Sedih? Geram? Jadi jika anda ingin tahu kisah selanjutnya, silalah beli novel Dia Hanya Untukku di kedai buku yang berdekatan. Tak mahal pun. Cuma RM 23 sahaja. See tak mahal pun kan ? Korang mesti tak menyesal punya ^_^
No comments:
Post a Comment