Orang yang meniggalkan solat akan diseksa dengan 15 seksaan, enam daripadanya akan diterima di dunia, tiga daripadanya ketika nyawa di penghujung, tiga lagi daripadanya ketika berada di dalam kubur dan tiga yang terakhir di hari kiamat.
6 SEKSAAN DITERIMA DI DUNIA
1. Usianya tiada keberkatan
2. Dihilangkan tanda-tanda orang soleh daripada wajahnya
3. Tiada pahala setiap amalan yang dikerjakan
4. Doanya sia-sia kerana tidak dimakbulkan oleh Allah s.w.t
5. Semua makhluk di dunia membencinya
6. Tidak menerima bahagian daripada doa untuk orang orang soleh
3 SEKSAAN KETIKA NYAWA DI PENGHUJUNG
1. Matinya adalah dalam kehinaan
2. Matinya adalah dalam keadaan yang terlalu lapar
3. Matinya adalah dalam keadaan yang sangat dahaga
3 SEKSAAN KETIKA BERADA DI DALAM KUBUR
1. Kuburnya disempitkan
2. Dibalik-balikkan dirinya dalam bara api yang dinyalakan
3. Ular yang dinamakan Shajkul Akrak akan menyeksa si mayat sehingga kiamat
3 SEKSAAN DI HARI KIAMAT
1. Malaikat akan menyeretnya dalam keadaan hina masuk ke neraka
2. Mendapat kemurkaan Allah s.w.t yang amat hina
3. Allah s.w.t akan menghabisnya dengan berat yang terus dihumban ke neraka
Untuk mengelakkan diri daripada terabai, maka peliharalah solat kita melebihi daripada memelihara maruah kita sesama manusia di dunia ini. Insyallah :)
No comments:
Post a Comment